Permukiman Menteri Luar ASEAN tamat, pamer kecemerlangan Langkawi

Dari Penulis

PERMUKIMAN Menteri Luar ASEAN (AMM) yang diadakan di Langkawi, Kedah melabuhkan tirai dengan jayanya hari ini, sekali gus mengukuhkan status pulau peranginan itu sebagai destinasi pelancongan dan persidangan bertaraf dunia.

Permukiman dua hari itu adalah satu daripada 32 mesyuarat ASEAN yang dijadual diadakan di pulau pelancongan ikonik yang terletak di wilayah utara Semenanjung Malaysia.

Permukiman Menteri Luar ASEAN itu menandakan pencapaian pertama di bawah Pengerusi ASEAN, Malaysia pada 2025.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata kerajaan sedang mempamerkan Langkawi sebagai destinasi pelancongan dan persidangan bertaraf dunia.

Baca artikel lain: Permukiman Menteri Luar ASEAN sambut baik gencatan senjata Gaza

“Saya mengucapkan terima kasih kepada LADA (Lembaga Pembangunan Langkawi) dan agensi lain di Kedah dan Langkawi atas kerjasama erat serta penglibatan aktif dalam menyokong usaha KLN dan memastikan kejayaan mesyuarat ASEAN. KLN mendapat kerjasama yang baik daripada agensi-agensi ini,” katanya selepas tamat permukiman itu.

Sebagai satu daripada destinasi paling popular bagi pelancong domestik dan antarabangsa, Langkawi mempunyai rekod pencapaian cemerlang dalam menganjurkan acara dan persidangan berprofil tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Datuk Haslina Abdul Hamid dilaporkan berkata sebanyak 132 acara dimasukkan dalam Kalendar Acara Langkawi 2025, bertujuan memperkukuh industri pelancongan pulau itu sebagai sebahagian daripada kempen Tahun Melawat Kedah 2025.

Kerajaan negeri Kedah juga menetapkan sasaran bercita-cita tinggi untuk menarik 3.5 juta pelancong domestik dan antarabangsa ke Langkawi pada tahun ini.

–BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sambutan luar biasa, 6,613 unit MyKiosk berjaya diisi dan beroperasi sepenuhnya

SEBANYAK 6,613 unit atau 91.3 peratus daripada keseluruhan program MyKiosk yang telah dibina berjaya diisi dan beroperasi sepenuhnya sehingga...

More Articles Like This