Trump puji peranan Malaysia bantu rundingan gencatan senjata Thailand-Kemboja

Dari Penulis

PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald J. Trump memuji peranan penting Malaysia dalam memudahkan rundingan gencatan senjata antara Thailand dan Kemboja bagi memulihkan keamanan di kawasan sempadan yang dipertikaikan.

Trump berkata, keputusan beliau memasukkan Malaysia dalam siri lawatan serantaunya adalah sebagai pengiktirafan terhadap diplomasi aktif Malaysia yang membantu menjadi orang tengah dalam perjanjian gencatan senjata itu.

“Saya beritahu pemimpin Malaysia (Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim), seorang yang sangat baik, saya katakan, ‘Saya rasa saya berhutang satu lawatan kepada anda,’ dan sebab itulah kami singgah di Malaysia. Malaysia sangat terlibat (dalam gencatan senjata Thailand-Kemboja),” katanya kepada wartawan di atas pesawat rasmi Air Force One sejurus berlepas dari Washington menuju ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur.

Pesawat Air Force One yang membawa Trump dan delegasinya dijangka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 10 pagi ini, dan akan disambut oleh Anwar di Kompleks Bunga Raya.

Sementara itu, menerusi platform media sosial Truth Social, Trump berkata, beliau dalam perjalanan ke Malaysia bagi menyaksikan majlis menandatangani perjanjian damai bersejarah antara Thailand dan Kemboja.

“Saya kini dalam perjalanan ke Malaysia, di mana saya akan menandatangani Perjanjian Damai hebat yang saya dengan bangganya menjadi orang tengah antara Kemboja dan Thailand.

“Malangnya, bekas Permaisuri Thailand baru sahaja mangkat. Saya ucapkan takziah kepada rakyat Thailand yang hebat. Saya akan bertemu dengan Perdana Menteri mereka yang luar biasa sebaik tiba nanti,” katanya.

Satu pengisytiharan bersama mengenai gencatan senjata dijangka ditandatangani hari ini antara Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet di luar acara Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

Majlis menandatangani itu akan disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia selaku Pengerusi ASEAN serta Trump.

Thailand dan Kemboja telah lama berselisih mengenai sempadan sepanjang 817 kilometer, dengan ketegangan terbaru tercetus menjadi konfrontasi tentera pada 24 Julai lalu.

Pada 28 Julai, Anwar telah menganjurkan mesyuarat berprofil tinggi di Putrajaya antara Hun Manet dan pemangku Perdana Menteri Thailand ketika itu, Phumtham Wechayachai, yang berjaya meredakan ketegangan di sepanjang sempadan kedua-dua negara.

Gencatan senjata itu, yang dilihat sebagai kejayaan besar ASEAN, berjaya mengelak peningkatan konflik ketenteraan yang lebih luas serta menjamin keselamatan ribuan penduduk yang tinggal di kedua-dua belah sempadan.

Malaysia, selaku Pengerusi ASEAN tahun ini, menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua lelaki rakyat Malaysia cedera terkena letupan bom di Tak Bai

DUA lelaki warga Malaysia dilaporkan cedera selepas terkena letupan bom dalam satu kejadian di Lebuhraya 42, Kampung Phrai Wan,...

More Articles Like This