PERJALANAN diplomasi ASEAN akan diteruskan dengan lima lagi sidang kemuncak utama yang akan berlangsung hari ini.
Sidang-sidang kemuncak itu adalah Sidang Kemuncak ASEAN-Republik Korea ke-26; Sidang Kemuncak ASEAN Plus Three ke-28 dan Sidang Kemuncak Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) ke-5.
Selain itu, dua lagi sidang kemuncak utama adalah Sidang Kemuncak Asia Timur ke-20 dan Sidang Kemuncak ASEAN-Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-15.
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah memaklumkan, sidang-sidang kemuncak hari ini akan memberi tumpuan kepada pengukuhan kerjasama ekonomi serantau, transformasi digital, peralihan tenaga bersih dan ketahanan rantaian bekalan.
Menurut Tunku Nashrul, kesemua sidang kemuncak itu menegaskan bahawa ASEAN bukan sekadar pusat pertumbuhan tetapi juga pemacu kestabilan dan keseimbangan strategik di rantau Indo-Pasifik.
Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dijangka mengadakan beberapa pertemuan dengan rakan pimpinan lain.
Katanya, Perdana Menteri akan mengakhiri hari kedua Sidang Kemuncak ASEAN dengan penganjuran Majlis Makan Malam Gala ASEAN bersama para pemimpin ASEAN dan rakan-rakan dialog.
“Insya-Allah, dengan momentum yang telah dibina, Malaysia akan terus menggalas amanah kepimpinan serantau dengan tekad dan keyakinan, memperkukuh perpaduan ASEAN serta memacu kerjasama yang membawa manfaat kepada seluruh rantau.
“Semoga perjalanan kesemua sidang pada hari ini berjalan lancar dan membuahkan hasil yang penuh makna, Insya-Allah,” katanya.
Baca artikel lain: Penyertaan Timor-Leste sebagai anggota ASEAN seperti impian jadi kenyataan
Beliau berkata demikian dalam Taklimat Pejabat Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Anwar Ibrahim, hari ini.
Dalam pada itu, Tunku Nashrul berkata, hari pertama Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang-Sidang berkaitan semalam berjalan dengan lancar serta telah mencatat detik bersejarah buat Malaysia dan ASEAN.
Jelasnya, lembaran baharu tercipta apabila Timor-Leste secara rasminya diterima sebagai Negara Anggota ASEAN ke-11 — melengkapkan keluarga Asia Tenggara yang bersatu dan berdaulat.
“Semalam, kita telah mendengar ucapan dasar daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu Majlis Perasmian Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, di mana beliau menegaskan bahawa Malaysia telah memimpin ASEAN untuk kekal bersatu, relevan dan berpaksikan rakyat.
“Penyertaan rasmi Timor-Leste ini bukan sekadar simbol diplomasi, tetapi hasil keteguhan Malaysia yang sejak sekian lama menyokong penyertaan negara tersebut ke dalam ASEAN melalui latihan, bantuan teknikal dan pengukuhan kapasiti,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

