Anwar bertemu pemimpin EU, perkukuh hubungan Malaysia-EU

Dari Penulis

PERDANA Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan pemimpin Kesatuan Eropah (EU) di Bangunan Europa di Brussels, Belgium, hari ini.

Setibanya di institusi Majlis Eropah dan Majlis Kesatuan Eropah, Anwar, yang dalam lawatan kerja dua hari ke Belgium, bertemu dengan Kaja Kallas, Wakil Tinggi EU bagi Hal Ehwal Luar Negeri dan Dasar Keselamatan/Naib Presiden Suruhanjaya Eropah (HR/VP).

Ia disusuli pertemuan dengan Presiden Majlis Eropah, Antonio Costa dan kedua-dua pemimpin membincangkan kaedah untuk mengeratkan hubungan Malaysia–EU dan kerjasama serantau.

Selaku Pengerusi ASEAN 2025, Anwar mengambil peluang melalui lawatan kerja ini untuk mengetengahkan keutamaan Malaysia dalam hala tuju Kepengerusian Malaysia yang bertemakan “Keterangkuman dan Kemampanan”.

Antara perkara dibincangkan semasa pertemuan itu ialah meningkatkan perdagangan dan pelaburan, langkah untuk menyambung kembali rundingan FTA, gencatan senjata di Palestin dan perang Ukraine–Rusia.

Baca artikel lain: Anwar bertemu rakan sejawat dari Belgium di Brussels

Dalam detik bersejarah hubungan Malaysia–EU, Anwar dan Presiden EU, Ursula von der Leyen pada Isnin, mengumumkan penyambungan semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia dan Kesatuan Eropah (MEUFTA).

Pengumuman itu dibuat beberapa jam sebelum pertemuan Perdana Menteri dengan pemimpin EU di Brussels, yang merupakan pusat pentadbiran EU.

Rundingan bagi Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) itu dilancarkan pada 2010, namun ditangguhkan pada 2012 susulan keraguan Malaysia terhadap dasar perolehan minyak sawit, subsidi dan klausa kemampanan EU.

Mengiringi Perdana Menteri dalam lawatan itu ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Turut hadir Duta Malaysia ke Belgium, Luxembourg dan Kesatuan Eropah Datuk Mohd Khalid Abbasi Abdul Razak.

Pada 2023, EU merupakan rakan dagangan keempat terbesar Malaysia, dengan perdagangan mencecah RM206.79 bilion.

Bagi tempoh Januari hingga November 2024, perdagangan dengan EU meningkat 5.2 peratus kepada RM200 bilion berbanding tempoh yang sama pada 2023.

Setakat 2023, pelaburan EU di Malaysia menjana lebih 153,000 pekerjaan melalui 1,323 projek bernilai RM227.9 bilion.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This