POLIS sahkan telah menerima tiga laporan terhadap pelawak Harith Iskander dan pengguna Facebook Cecelia Yap Song KL berhubung hantaran berbaur penghinaan terhadap agama Islam.
Ketua Polis Johor, Datuk S.M.M. Kumar berkata, semakan mendapati hantaran yang dimuat naik oleh Harith Iskander pada tiga hari lalu mengandungi gambar secawan ham sap kopi berserta kapsyen:
“Im so confused. My iman tergugat. This kopi will lead me down the wrong path in so many ways.
“Not just tempting me to become hamsap but also confusing me with the word ‘ham’ in it. Ni untuk minum atau makan?
“I must make a polis report because I am so weak I have lost all ability to use logic. Who else is confused?,” tulis Harith.
Hantaran tersebut kemudian dikomen oleh Cecelia Yap Song KL yang berbunyi “All names with MoHAMmad..got to be renamed then”.
Kumar berkata, sehingga kini pihaknya telah menerima tiga laporan berkait isu terbabit di daerah Iskandar Puteri, Johor Bahru Utara dan Kluang.
Jelasnya, polis memandang serius dan memberi amaran terhadap mana-mana pihak yang memainkan sentimen 3R melibatkan raja, agama dan kaum di media sosial sehingga menggugat keharmonian masyarakat.
Kes disiasat di bawah Seksyen 298/ 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Terdahulu, pelawak Shahrol Shiro menerusi video ringkas di Facebook jam 8.45 malam tadi mengesahkan membuat laporan di Balai Polis Kluang berhubung status di media sosial yang dimuat naik Harith Iskander dan komen seorang pengguna menggunakan nama Cecilia Yap.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

