DONALD Trump mengangkat sumpah untuk penggal kedua sebagai Presiden pada Isnin, menandakan perubahan besar dalam pentadbiran Amerika Syarikat (AS) yang dijangka memberi kesan mendalam kepada masyarakat Amerika dan dunia, lapor Agensi Anadolu (AA).
“Saya, Donald John Trump, dengan ini bersumpah untuk melaksanakan tugas sebagai Presiden Amerika Syarikat dengan setia, dan akan dengan sedaya upaya saya memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Amerika Syarikat,” kata Trump dalam ucapan ringkas di Capitol AS.
Selepas majlis pelantikan, Trump dijadual meninggalkan Capitol dan menuju ke Arena Capital One yang berdekatan, di mana beliau akan menyampaikan ucapan kepada penyokongnya dalam satu perhimpunan yang turut menampilkan perarakan presiden.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

