MENTERI Komunikasi, Fahmi Fadzil kesal dengan insiden seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) dipukul di tapak pasar malam di Chukai, Terengganu, baru-baru ini.
Tegas Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan, kerajaan akan menyerahkan kes tersebut kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya terhadap pihak yang terlibat.
“Seharusnya perkara seperti ini (pukul OKU) tidak sepatutnya berlaku. Ada yang menulis dalam media sosial bahawa menghukum itu tidak boleh diswastakan dan saya sangat terkesan dengan ayat itu.
“Kita tidak boleh menghukum (pukul) walau apa yang berlaku. Kita tidak boleh ambil tindakan sendiri dan serahkan kepada pihak berkuasa untuk ambil tindakan,” katanya memetik laporan Berita Harian.
Terdahulu, dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi Jumaat lalu, mangsa seorang OKU mental berusia 47 dipukul beberapa individu dipercayai selepas motosikal ditunggangnya terlanggar sebuah gerai jualan menyebabkan makanan yang dijual terjatuh dan tumpah.
Video kejadian berkenaan turut tular di laman sosial dan mengundang kecaman warga maya yang menyifatkan tindakan memukul individu tersebut sebagai tidak berperikemanusiaan.
Rentetan daripada kejadian itu, pihak berkuasa telah menahan lima lelaki bagi membantu siasatan kes setakat semalam.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

