Abai Zayn Rayyan: Isma, Zaim mohon dibebaskan serta-merta

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

MAHKAMAH Sesyen Petaling Jaya hari ini diberitahu bahawa ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin telah membuat permohonan kepada Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Selasa lalu agar dibebaskan serta-merta daripada pertuduhan mengabai anak sulung lelaki mereka itu.

Peguam yang mewakili pasangan suami isteri yang memaklumkan demikian di hadapan Hakim Dr. Syahliza Warnoh memberitahu bahawa notis usul tersebut telah difailkan pada 21 Januari lepas, menerusi Tetuan Wong & Co.

Berdasarkan notis usul yang diperoleh media itu, Zaim Ikhwan Zahari dan isterinya, Ismanira Abdul Manaf, masing-masing berusia 30 tahun, memohon agar kes yang dihadapi mereka dibatalkan atas alasan pertuduhan yang dibuat pada 13 Jun tahun lalu, tidak mendedahkan sebarang kesalahan di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001.

Pasangan itu turut mendakwa bahawa pertuduhan itu tidak mengandungi maklumat yang mencukupi mengenai unsur-unsur kesalahan yang didakwa dilakukan.

Zaim Ikhwan Zahari ketika hadir ke prosiding kes pengabaian anaknya, Allahyarham Zain Rayyan Abdul Matiin di Mahkamah Sesyen, Petaling Jaya, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Oleh itu, kedua-dua tertuduh selaku pemohon, telah diprejudiskan dengan serius sekali gus, menjadikan pertuduhan jenayah tersebut sebagai satu penyalahgunaan proses mahkamah,” kata dokumen itu.

Sementara itu, menerusi affidavit sokongan yang difailkan bersama notis usul tersebut, mereka juga mendakwa tidak menemui butiran mengenai kesalahan yang didakwa telah dilakukan sepertimana di dalam pertuduhan.

Menurut Zaim dan Isma selaku pemohon, ketiadaan fakta penting itu mengakibatkan mereka tidak dapat memberikan arahan kepada peguam.

“Susulan itu, kami tidak tahu cara untuk mempertahankan diri, menyebabkan kami gagal menyediakan pembelaan,” katanya dalam afidavit sokongan, yang diperoleh daripada pihak pembelaan.

Menurut mereka lagi, pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka itu tidak mematuhi Seksyen 153 dan 154 Kanun Tatacara Jenayah yang menyebabkan pasangan itu tidak diberi hak perlembagaan untuk perbicaraan yang adil, sepertimana yang termaktub di dalam Perkara 5 dan 8 Perlembagaan Persekutuan.

Ketika prosiding, Haresh mengesahkan telah menyerahkan notis usul berkenaan kepada Mahkamah Tinggi dan Jabatan Peguam Negara (AGC) menerusi e-mel.

Justeru, peguam itu memohon agar tarikh perbicaraan yang sebelum ini ditetapkan pada 3 Februari depan, ditangguhkan.

Ismanira Abdul Manaf (kiri) ketika hadir ke prosiding kes pengabaian anaknya, Allahyarham Zain Rayyan Abdul Matiin di Mahkamah Sesyen, Petaling Jaya, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Katanya, sekiranya perbicaraan diteruskan tanpa keputusan daripada Mahkamah Tinggi Shah Alam berhubung notis usul itu, maka prosiding di Mahkamah Sesyen akan menjadi sia-sia.
Susulan itu, Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin turut mengesahkan telah menerima permohonan daripada pihak pembelaan selain berpendapat notis berkenaan perlu diputuskan terlebih dahulu sebelum prosiding bermula.

“Permohonan berkenaan dimasukkan dua hari lepas maka ia tidak sempat didengar dalam masa terdekat. Kami serahkan kepada mahkamah berhubung tarikh-tarikh perbicaraan yang ditetapkan pada 3 hingga 7 Februari depan,” katanya.

Hakim Dr Syahliza kemuidan menetapkan 28 Januari ini bagi pengurusan kes bagi status permohonan notis tersebut.

Pada 13 Jun 2024, UtusanTV melaporkan Zaim dan Ismanira mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan secara bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka, Zayn Rayyan, 6, telah mengabaikan kanak-kanak autistik itu dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pelajar Tingkatan Empat maut: PM, isteri berduka, sampaikan takziah

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa dukacita menerima...

More Articles Like This