NADI Desa Tun Razak mampu perkasa komuniti setempat – MCMC

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PUSAT Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Desa Tun Razak yang dirasmikan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memberi peluang kepada komuniti setempat mempertingkatkan taraf hidup mereka.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan, dengan pelbagai kemudahan dan program latihan yang disediakan, NADI Desa Tun Razak berpotensi berkembang menjadi pusat komuniti serba guna.

Jelas MCMC, ia tidak hanya menyediakan platform digital tetapi juga merupakan ruang interaksi sosial yang akan menjadi tumpuan utama bagi masyarakat setempat.

“NADI ini membuka peluang besar kepada komuniti setempat untuk menguasai teknologi komunikasi terkini, meningkatkan kemahiran serta merangsang pertumbuhan ekonomi setempat.

“Ia sekali gus mewujudkan ekosistem yang lebih dinamik dan berdaya saing,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

NADI Desa Tun Razak merupakan satu daripada tiga NADI baharu yang beroperasi sejak 17 September tahun lalu dan menjadikan jumlah keseluruhannya di Kuala Lumpur setakat ini sebanyak 24 buah.

Baca artikel lain: 4 pemain warisan menunggu kelulusan kerakyatan Malaysia

Pelbagai aktiviti menarik dijalankan semasa majlis perasmian tersebut seperti sesi pameran reruai Usahawan NADI, taklimat keselamatan dalam talian serta saringan kesihatan secara percuma.

Fungsi NADI telah diperluas dalam memperkasa komuniti melalui lima teras Perkhidmatan Pintar yang diperkenalkan Julai 2024 iaitu Keusahawanan, Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kesejahteraan Kendiri, Kesedaran dan Inisiatif Kerajaan.

Inisiatif Perkhidmatan Pintar ini bertujuan memastikan setiap program dijalankan mampu memenuhi keperluan komuniti sekali gus memberikan impak besar dalam memperbaiki kualiti hidup dan memacu kemajuan masyarakat secara menyeluruh.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This