SITUASI pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pahang yang dipukul menerusi video tular di media sosial merupakan sebahagian daripada raptai bagi demonstrasi.
JPJ Negeri Pahang memaklumkan, video yang tular adalah babak yang dilakonkan pada 24 Januari lalu sempena lawatan kerja Ketua Pengarah JPJ pada 27 Januari 2025.
Sehubungan itu, orang ramai diseru agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak tepat atau mengelirukan kerana boleh mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.
Baca artikel lain: 4 pemain warisan menunggu kelulusan kerakyatan Malaysia
“Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dan merujuk kepada sumber yang sahih sebelum mempercayai dan berkongsi sebarang berita atau video yang tersebar.
“JPJ Pahang akan terus komited memastikan setiap anggota penguatkuasa dilatih dengan baik dan bersedia untuk menangani sebarang situasi dengan profesionalisme dan integriti yang tinggi.
“Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut atau maklumat mengenai kejadian ini, orang ramai boleh menghubungi JPJ Pahang di talian rasmi kami,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sebelum ini tular di media sosial seorang lelaki bertindak luar jangka apabila menumbuk seorang pegawai JPJ.
Dalam sebuah rakaman video, kejadian yang dikatakan berlaku di Kuantan, Pahang itu melihatkan seorang pemuda bertindak agresif semasa didatangi pegawai JPJ.
Situasi tegang berlaku selepas sebuah kereta berwarna hitam datang menghampiri sebuah lori dan kenderaan rasmi JPJ.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

