Plat tular ‘isteri Perdana Menteri’ amalan kerajaan Sabah, bukan permintaan Wan Azizah

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

GAMBAR tular memaparkan kenderaan dengan plat ‘Isteri YAB Perdana Menteri’ merupakan amalan biasa Kerajaan Negeri Sabah dan bukannya permintaan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong sebaliknya menjelaskan, kerajaan negeri sudah lama menyediakan kenderaan itu kepada tetamu kenamaan (VIP) semasa lawatan kerja atau rasmi ke Sabah.

Menurut Safar, kemudahan kenderaan yang disediakan termasuk meletakkan plat kenderaan atas nama gelaran jawatan tetamu atau isteri yang menggunakan kenderaan itu.

“Saya mengambil perhatian bahawa pada hari ini gambar plat kenderaan isteri Perdana Menteri yang diambil di sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu telah tular di media sosial.

Baca artikel berkaitan: Nilai ringgit: Kerajaan akan runding capai keseimbangan – PM

“Adalah menjadi amalan kerajaan negeri Sabah bertanggungjawab menyediakan kemudahan kenderaan bagi Perdana Menteri dan isteri, Timbalan-timbalan Perdana Menteri dan isteri serta yang melibatkan kehadiran tetamu-tetamu VIP ke Sabah semasa lawatan kerja dan lawatan rasmi.

“Kerajaan Negeri Sabah menyediakan kenderaan mengikut kesesuaian jadual perjalanan semasa berada di Kota Kinabalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan, Wan Azizah menggunakan kenderaan itu semasa persidangan Pandu Puteri yang diadakan di Kota Kinabalu.

Terdahulu, tular gambar di media sosial yang memaparkan plat kenderaan ‘Isteri YAB Perdana Menteri’ dan mencetuskan ketidakpuasan hati netizen.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This