YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan meluangkan masa untuk santap pagi bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah restoran di Masjid India di sini.
Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda bersama Perdana Menteri menikmati menu nasi lemak, di Nasi Lemak Burung Hantu, cawangan Semua House.
Orang ramai juga tidak melepaskan peluang bersalaman dan merakam gambar bersama Seri Paduka Baginda.
Sultan Ibrahim turut berkenan meluangkan masa beramah mesra bersama kanak-kanak serta bertanyakan khabar.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

