KPDN tumpaskan sindiket penyelewengan diesel di Pulau Pinang

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berjaya menumpaskan sindiket penyelewengan minyak diesel dan petrol yang bermaharajalela di Pulau PInang.

Timbalan Ketua Pengarah Penguat Kuasa (Operasi) KPDN Pulau Pinang, Shamsul Nizam Khalil berkata, kejayaan itu hasil daripada serbuan ke atas sebuah premis tanpa nama di Bukit Mertajam yang disyaki dijadikan tempat penyimpanan minyak diesel secara tidak sah. 

Jelas Shamsul Nizam, hasil pemeriksaan telah menemukan empat unit skid tank yang bersambung saluran paip yang mengandungi kira-kira 25,000 liter minyak diesel dan 16,000 liter minyak petrol serta empat unit skid tank kosong. 

Beliau berkata, terdapat lima buah lori yang dilengkapi dengan IBC tank di premis tersebut, yang mana ketika serbuan dijalankan, dua daripada lori itu sedang memindahkan 4,000 liter minyak diesel dan 1,000 liter minyak petrol ke dalam skid tank

Menurut Shamsul Nizam, sebuah lori tangki juga berada di lokasi dan dipercayai sedang menunggu giliran untuk pemindahan seterusnya. 

“Modus operandi sindiket ini ialah mendapatkan bekalan minyak diesel dan minyak petrol dari beberapa stesen minyak di sekitar Pulau Pinang pada awal pagi dengan menggunakan lima buah lori yang mempunyai IBC tank dan kembali semula ke stor selepas tiga hingga empat jam pengisian untuk dikumpulkan sebelum diedarkan semula ke pasaran,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Shamsul Nizam berkata, pasukan serbuan telah menyita sejumlah 32,600 liter minyak diesel yang dianggarkan bernilai RM101,768 dan minyak petrol sebanyak 18,400 liter bernilai RM38,730.

Turut disita menurut beliau adalah lima buah lori yang dilengkapi dengan IBC tank dan pelbagai peralatan yang dianggarkan bernilai RM106,400. 

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM247,198. Seramai enam individu warga tempatan berumur antara 25 hingga 48 tahun yang berada di dalam premis dipercayai pekerja dan pemandu lori telah ditahan untuk membantu siasatan. 

“Kertas siasatan telah dibuka dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 21 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122] kerana niat untuk melakukan kesalahan. Siasatan lanjut akan diteruskan bagi mengenal pasti dalang utama yang terlibat dalam sindiket ini,” katanya.

Untuk rekod, KPDN telah melaksanakan OPS TIRIS 3.0 bermula 1 Januari 2024 bagi membanteras aktiviti penyelewengan dan ketirisan barang kawalan dan bersubsidi. 

Berdasarkan statistik penguatkuasaan bermula 1 Januari 2024 hingga 23 Januari tahun ini, sebanyak 46,688 pemeriksaan telah dilakukan di seluruh negara. 

Daripada jumlah itu, sebanyak 2,860 kes telah dihasilkan dengan jumlah nilai rampasan keseluruhan sebanyak RM95.93 juta. 

Seramai 627 individu juga telah ditahan dalam tempoh yang sama. 

Hasil tindakan kes ini juga adalah sebahagian daripada inisiatif KITA GEMPUR yang telah dilancarkan oleh KPDN dalam usaha untuk membanteras isu manipulasi dalam aktiviti perniagaan dan ketirisan yang melibatkan barang kawalan dan barang kawalan bersubsidi. 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This