PEPERIKSAAN Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2024 akan berlangsung pada 3 hingga 6 dan 10, 12 serta 13 Februari ini melibatkan 4,507 calon berdaftar.
Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan, STAM akan dijalankan di 132 pusat peperiksaan di seluruh negara, dengan 926 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan kelancarannya.
“KPM ingin mengingatkan semua calon agar merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi sepanjang ia berlangsung.
“Calon juga hendaklah mematuhi prosedur operasi standard dan peraturan yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan serta pengendalian peperiksaan STAM 2024,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Baca artikel lain: Polis buru suami lempang isteri di pusat beli-belah
KPM mengingatkan calon untuk membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan manakala jadual peperiksaan boleh dimuat turun di laman Lembaga Peperiksaan (LP) di pautan lp.moe.gov.my.
KPM juga ambil maklum dengan keselamatan calon dan petugas peperiksaan terhadap sebarang kemungkinan semasa peperiksaan berlangsung, dengan mekanisme sewajarnya yang turut melibatkan kerjasama agensi berkaitan telah diambil.
“Calon dinasihatkan untuk memaklumkan pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dengan segera sekiranya tidak dapat hadir ke pusat peperiksaan yang telah ditetapkan.
“Calon juga boleh menghubungi talian bilik gerakan peperiksaan yang disediakan di ibu pejabat LP dan JPN di seluruh negara,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

