SERAMAI 4,634 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2022 yang akan dilaksanakan pada 16 hingga 19 Januari; 30 dan 31 Januari serta 2 Februari ini.
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan peperiksaan STAM akan diadakan di 134 pusat peperiksaan seluruh negara.
“KPM ingin mengingatkan semua calon peperiksaan STAM 2022 untuk merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan, serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung,” menurut kenyataan itu.
Baca artikel lain: Kabinet baharu Sabah dijangka angkat sumpah esok
Jadual waktu peperiksaan STAM boleh dimuat turun dari laman sesawang Lembaga Peperiksaan di pautan http://lp.moe.gov.my.
“Calon juga hendaklah mematuhi prosedur operasi standard dan peraturan yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan pengendalian peperiksaan STAM 2022,” menurut KPM yang turut mengingatkan calon supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

