Ahmad Zahid meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA

Dari Penulis

RUMAH Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA berlangsung meriah dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di Wisma MCA, Jalan Ampang hari ini.

Menggayakan baju batik, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) tiba pada 9.30 pagi dan disambut mesra oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, selaku tuan rumah.

Sejurus tiba, beliau bersama barisan kepimpinan MCA mengambil bahagian dalam acara tradisi menggaul ‘yee sang’, yang melambangkan kemewahan, kemakmuran dan kesuburan bagi masyarakat Cina.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan muzik dan tarian kebudayaan masyarakat Cina, menambahkan lagi suasana ceria rumah terbuka tersebut.

Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan; Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan serta bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang duduk semeja dengan Ahmad Zahid dan Wee.

Turut hadir Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan serta Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing.

Seawal 8 pagi, orang ramai sudah mula berkumpul di perkarangan Wisma MCA untuk turut serta dalam sambutan ini. Kemunculan tarian singa yang diiringi paluan gendang Cina dan bunyi mercun semakin menceriakan suasana.

Tetamu juga dihidangkan dengan pelbagai juadah seperti mihun goreng, rendang, teh cina, aneka kuih dan limau mandarin, melambangkan tradisi jamuan dalam perayaan ini.

Tahun Baharu Cina bukan sekadar menandakan permulaan baharu bagi masyarakat Cina, tetapi juga menjadi wadah untuk merapatkan hubungan kekeluargaan, persahabatan dan perpaduan menerusi majlis rumah terbuka yang diraikan bersama.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This