Mangsa banjir di Sabah, Sarawak meningkat, Bintulu paling terjejas

Dari Penulis

BANJIR di Sabah dan Sarawak terus merekodkan peningkatan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu dengan 15,015 mangsa berbanding 11,886 orang malam tadi.

Di SARAWAK, jumlah mangsa meningkat kepada 9,398 orang daripada 2,725 keluarga pagi ini berbanding 7,503 orang daripada 2,096 keluarga malam tadi.

Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak, daerah Bintulu mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 4,021 orang daripada 1,090 keluarga yang berlindung di enam PPS, diikuti daerah Serian dengan 1,886 mangsa daripada 602 keluarga ditempatkan di 15 PPS.

Di Selangau, seramai 900 mangsa daripada 226 keluarga masih berlindung di empat PPS, di Tatau mencatatkan 1,353 mangsa daripada 393 keluarga di tiga PPS dan di Kuching, seramai 475 mangsa daripada 153 keluarga berlindung di tiga PPS.

Baca artikel lain: Ibu bapa syukuri BAP, ringankan beban perbelanjaan

Di SABAH, jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 5,617 orang daripada 1,899 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 4,383 orang daripada 1,475 keluarga malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah melaporkan sebanyak 39 PPS dibuka di 10 daerah, dengan Kota Marudu mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 2,944 orang daripada 1,090 keluarga.

Daerah lain yang terjejas ialah Pitas dengan 768 mangsa (261 keluarga), Lahad Datu 443 mangsa (121 keluarga), Telupid 413 mangsa (110 keluarga), Kota Belud 301 mangsa (88 keluarga), Paitan 274 mangsa (99 keluarga), Beluran 195 mangsa (60 keluarga), Sandakan 118 mangsa (28 keluarga), Beaufort 107 mangsa (29 keluarga), dan Tongod 54 mangsa (13 keluarga).

Menurut laporan itu, trend pemindahan mangsa di Kota Marudu, Pitas dan Paitan menunjukkan peningkatan, manakala trend di daerah lain kekal tidak berubah.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This