PROF Madya Datuk Dr Mohamed Azam Mohamed Adil telah dilantik semula sebagai Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) untuk tempoh tiga tahun lagi.
IKIM dalam kenyataan memaklumkan, Mohamed Azam telah dilantik semula oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkuat kuasa mulai 3 Februari 2025 hingga 2 Februari 2028.
Menurut IKIM, Mohamed Azam yang dilahirkan pada 18 Jun 1966, memulakan perkhidmatannya di IKIM sebagai Ketua Pengarah pada 3 Februari 2022.
“IKIM mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri atas pelantikan semula ini.
“IKIM berharap di bawah kepimpinan Mohamed Azam akan membawa institut ke tahap lebih cemerlang serta memberi impak yang lebih signifikan kepada masyarakat di negara ini dan di peringkat antarabangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel lain: Kedudukan geopolitik Malaysia amat signifikan bantu bangun semula Gaza – IKIM
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda bidang syariah dari Universiti Malaya, beliau seterusnya menyambung pengajian pascasarjana hingga memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam jurusan undang-undang pada 2007 dari School of Oriental and African Studies University of London, United Kingdom.
Kerjayanya dalam dunia akademik bermula di Universiti Teknologi MARA dari 1990 hingga 2020 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif International Institute of Advanced Islamic Studies dari 1 April 2013 hingga Februari 2022.
Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Syariah Kumpulan CIMB dari 2014 hingga 2017.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

