Islam larang perbuatan persenda, hina agama lain – IKIM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

ISLAM melarang sebarang perbuatan yang mempersenda atau menghina agama lain di samping tindakan tersebut disifatkan tidak beretika dan boleh menjejaskan keharmonian sosial.

Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof Madya Datuk Dr Mohamed Azam Mohamed Adil menasihatkan semua pihak supaya memahami bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai agama dan budaya.

Justeru, kata beliau, menghormati kepercayaan orang lain merupakan asas kepada kehidupan yang harmoni.

Pada masa sama, Mohamed Azam turut menasihatkan orang ramai supaya tidak sekali-kali menggunakan media sosial untuk menyebarkan kandungan yang bersifat provokatif, menghina atau mempersenda agama lain.

Katanya, perbuatan itu bukan sahaja menyakiti hati penganut agama berkenaan tetapi juga boleh mencetuskan ketegangan sosial.

“Dalam era digital, media sosial telah menjadi platform utama untuk berinteraksi, berkongsi maklumat dan menyuarakan pendapat.

“Namun, kebebasan ini perlu disertai dengan tanggungjawab dan kepekaan yang tinggi terutama dalam hal-hal yang melibatkan sensitiviti agama dan kepercayaan.

Baca artikel lain: Sebar kenyataan provokasi, persenda agama tidak boleh diterima sama sekali

“Sebagai masyarakat yang majmuk, kita perlu saling menghormati dan memahami kepelbagaian ini sebagai kekuatan yang menyatukan, bukan memecahbelahkan,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Mohamed Azam turut menasihatkan semua pihak supaya lebih peka dan bertanggungjawab dengan memikirkan kesan terhadap orang lain sebelum berkongsi atau menulis sesuatu di media sosial.

Selain itu, beliau turut mengajak orang ramai mengamalkan nilai toleransi yang bukan sekadar bersikap tolak ansur tetapi juga menghargai dan memahami perbezaan.

Beliau juga meminta semua pihak yang menemui kandungan yang menghina atau mempersenda agama di media sosial supaya melaporkan kepada pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) atau platform media sosial berkenaan.

“IKIM mengajak semua rakyat Malaysia untuk bersama-sama memelihara keharmonian dan keamanan negara.

“Marilah kita menjadikan media sosial sebagai platform yang positif, membina dan menyatukan,” jelasnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This