JDT ke final Piala Malaysia, singkir Terengganu FC agregat 6-1

Dari Penulis

PENYANDANG juara, Johor Darul Ta’zim (JDT) melangkah ke final Piala Malaysia buat kali kelima berturut-turut selepas menang tipis 2-1 ke atas Terengganu FC pada aksi separuh akhir kedua dan layak dengan agregat 6-1 di Stadium Sultan Ibrahim, hari ini.

Skuad bimbingan Hector Bidoglio membawa bekalan selesa 4-0 daripada aksi separuh akhir pertama di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, pada 17 Januari lepas.

Lawan skuad Harimau Selatan di pentas final bakal ditentukan apabila Sri Pahang dan Sabah FC membuat perhitungan di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, Pahang, malam esok untuk layak ke pentas final di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 April ini.

Pada aksi di gelanggang keramat skuad JDT itu, penyerang import dari Brazil, Heberty Fernandes, muncul wira menjaringkan kedua-dua gol pasukan tuan rumah.

JDT terpaksa menunggu hingga minit ke-31 untuk memecah kebuntuan, apabila rembatan deras Heberty, hasil lorongan Bergson Da Silva, berjaya menewaskan penjaga gol Terengganu, Syed Muhammad Nasrulhaq Syed Bidin.

Baca artikel lain: Piala Malaysia: JDT sebelah kaki di final

Terengganu hampir menyamakan kedudukan tiga minit kemudian hasil hantaran Engku Muhammad Nur Shakir Engku Yacob, namun gagal disudahkan Nelson Bonilla, yang menerjah ke sisi luar gawang meskipun penjaga gol JDT, Christian Amat, telah tertewas.

Bersambung pada babak kedua, Terengganu akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-59 melalui jaringan cantik Ismaheel Akinade hasil hantaran Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili.

Tersentak dengan jaringan itu, JDT menggandakan serangan, namun rembatan deras pemain import dari Colombia, Jorge Obregon, pada minit ke-64 tersasar ke kiri gawang Terengganu manakala hantaran penyerang Jese Rodriguez pada minit ke-90 gagal disudahkan La’vere Corbin-Ong.

Bagaimanapun, serangan bertali arus JDT membuahkan hasil pada masa kecederaan (90+2), apabila Heberty menjaringkan gol kemenangan menerusi rembatan deras rendah yang gagal ditampan kemas oleh Syed Muhammad Nasrulhaq.

JDT sebelum ini pernah muncul juara saingan berprestij itu pada 2017, 2019, 2022 dan 2023.

Saingan 2020 dibatalkan akibat pandemik COVID-19, manakala JDT tewas 0-2 kepada Kuala Lumpur City FC pada final 2021.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This