Polis tahan suami tampar isteri di Kota Warisan

Dari Penulis

POLIS menahan seorang lelaki susulan tular video memaparkan seorang isteri ditampar suaminya di sebuah pusat beli-belah di Kota Warisan, Sepang hari ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata lelaki berusia 50 tahun itu ditahan di hadapan sebuah klinik di Kota Warisan pada pukul 10 pagi tadi.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

“Lelaki berkenaan akan dibawa ke mahkamah esok untuk perintah tahanan reman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: Warga emas tampar kakitangan Puspakom didenda RM1,600

Media sebelum ini melaporkan tindakan seorang lelaki menampar isterinya yang berusia 35 tahun membawa padah selepas perbuatan itu secara tidak sengaja dirakam dalam satu video ‘live’ di media sosial.

Rakaman video berdurasi 29 saat itu memaparkan seorang wanita berjalan keluar dari pusat beli-belah, dan setibanya di pintu keluar premis itu, tiba-tiba lelaki berkenaan menampar wajah wanita itu di khalayak ramai.

Pada 26 Januari lepas, Norhizam menerusi kenyataan mengesahkan menerima laporan berkaitan kes itu daripada adik kepada wanita yang ditampar dalam video berkenaan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This