SEORANG lelaki yang didakwa menampar isterinya susulan video tular di sebuah pusat beli-belah di Kota Warisan, Sepang direman tiga hari.
Memetik laporan BH Online, perintah reman itu bermula hari ini dikeluarkan Majistret Maslinda Selamat di Mahkamah Majistret Telok Datuk, Kuala Langat.
Menurut laporan itu, ia bagi membolehkan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.
Suspek berusia lingkungan 50-an itu tiba di mahkamah berkenaan kira-kira pukul 8.30 pagi dengan memakai baju lokap berwarna jingga.
Baca artikel lain: Polis tahan suami tampar isteri di Kota Warisan
Semalam, media melaporkan polis menahan lelaki berkenaan di hadapan sebuah klinik di Kota Warisan pada pukul 10 pagi.
Media sebelum ini melaporkan tindakan seorang lelaki menampar isterinya yang berusia 35 tahun membawa padah selepas perbuatan itu secara tidak sengaja dirakam dalam satu video ‘live’ di media sosial.
Rakaman video berdurasi 29 saat itu memaparkan seorang wanita berjalan keluar dari pusat beli-belah, dan setibanya di pintu keluar premis itu, tiba-tiba lelaki berkenaan menampar wajah wanita itu di khalayak ramai.
Pada 26 Januari lepas, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman menerusi kenyataan mengesahkan menerima laporan berkaitan kes itu daripada adik kepada wanita yang ditampar dalam video berkenaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

