Penunggang motosikal disahkan maut di tempat kejadian. GAMBAR: Polis.

SEORANG penunggang motosikal maut dilanggar pemandu lori remaja dalam satu kejadian di Jalan Baru Dengkil, Salak Tinggi di Kota Warisan, 10.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, semakan mendapati pemandu lori itu tidak memiliki lesen memandu.

Katanya, mangsa berusia 26 tahun, mengalami pelbagai kecederaan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku sewaktu pemandu lori berusia 18 tahun sedang memandu dari arah Kota Warisan ke Dengkil.

“Manakala mangsa menunggang motosikal dari arah stesen minyak Ampar Tenang ke Cyberjaya, ” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Penunggang motosikal maut tersangkut pada tayar belakang Myvi

Tambahnya, pemandu lori telah bertindak mengubah haluan dari lorong kiri ke lorong kanan lalu melanggar mangsa yang sedang berada di hadapannya.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Serdang bagi tujuan bedah siasat dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram