Anwar rakam penghargaan kepada Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan kepada Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev yang mengadakan lawatan rasmi selama dua hari ke Malaysia.

Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri memaklumkan, lawatan rasmi Mirziyoyev itu dapat meningkatkan lagi hubungan dua hala dan kerjasama antara Malaysia dan Uzbekistan.

Menurut Anwar, beliau dan Mirziyoyev turut mengadakan mesyuarat bagi membincangkan isu-isu strategik terkait kepentingan kedua-dua negara.

Katanya, ia melibatkan pelaburan, perdagangan, semikonduktor dan pelancongan.

“Pagi tadi saya meraikan Tamu Kenegaraan, Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev yang kini dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Malaysia.

“Ruang yang ada ini saya rakamkan penghargaan Malaysia kepada Presiden Shavkat atas lawatan rasmi ini dalam meningkatkan lagi hubungan dua hala dan kerjasama Malaysia-Uzbekistan.

Baca artikel lain: Malaysia, Uzbekistan setuju tingkat hubungan ke tahap perkongsian strategik

“Melewati latar belakang Masjid Putra usai istiadat, saya dan Presiden Shavkat kemudian menghadiri mesyuarat terhad bersama kedua-dua pimpinan bagi membincangkan isu-isu strategik terkait kepentingan kedua-dua negara, antaranya pelaburan, perdagangan, semikonduktor dan pelancongan,” katanya dalam hantaran tersebut.

Mirziyoyev tiba di negara ini semalam untuk lawatan rasmi selama dua hari ke Malaysia atas jemputan Perdana Menteri.

Ini adalah lawatan pertama beliau ke negara ini sejak dilantik sebagai Presiden pada Disember 2016 dan merupakan kunjungan balas susulan lawatan Anwar ke Uzbekistan Mei tahun lepas.

Mirziyoyev yang mengadakan pertemuan dengan Anwar di kediaman rasmi Perdana Menteri tengah hari tadi diberikan sambutan rasmi dan pemeriksaan pasukan Kawalan Kehormatan Utama daripada Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja.

Pada 2024, jumlah perdagangan Malaysia dan Uzbekistan menurun sedikit sebanyak 13.2 peratus kepada RM369.8 juta (US$80.9 juta) berbanding RM426.1 juta (US$94 juta) pada 2023. Imbangan dagangan memihak kepada Malaysia berjumlah RM360.3 juta (US$78.9 juta).

Pada 2024, Uzbekistan kekal sebagai rakan dagang kedua terbesar Malaysia dalam kalangan negara Asia Tengah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hakim tak sihat, keputusan kes Syed Saddiq ditangguh 13 Julai

KEPUTUSAN rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung empat pertuduhan kes pecah...

More Articles Like This