AJINOMOTO (Malaysia) Berhad melancarkan laman web kelestarian baharunya sebagai satu langkah penting dalam usaha kelestarian yang dipelopori syarikat tersebut.
Ajinomoto dalam kenyataan memaklumkan, laman web kelestarian itu memberikan perspektif lebih luas mengenai komitmennya terhadap kelestarian masyarakat.
Menurut syarikat itu, ia selaras dengan matlamat Kumpulan Ajinomoto dan Hasil Kelestarian 2030.
“Matlamat itu adalah mengurangkan kesan alam sekitar sebanyak 50 peratus serta membantu memanjangkan jangka hayat sihat 1 bilion penduduk.
Baca artikel lain: ‘SSSavour the flavours’ kempen Tahun Baharu Cina 2025 Ajinomoto
“Dengan penekanan kepada kesederhanaan dan kebolehcapaian, laman web baharu ini membolehkan pemegang taruh memahami dengan lebih mendalam mengenai inisiatif kelestarian dan sumbangan Ajinomoto dalam usaha alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).
“Seperti yang dinyatakan dalam visi kami, ‘Membawa Kebahagiaan dengan Cita Rasa yang Menyatukan, Menginspirasi Kreativiti Makanan dalam Kehidupan Anda’,” katanya dalam kenyataan itu.
Laman web kelestarian baharu itu boleh dilayari di https://www.ajinomoto.com.my/sustainability.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

