Nahas helikopter di Bentong: Siasatan BSKU dijangka selesai hari ini

Dari Penulis

SIASATAN di lokasi insiden helikopter yang terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak di Batu 9, Jalan Lama Bentong – Kuala Lumpur oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan dijangka siap hari ini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar ketika dihubungi Bernama berkata buat masa ini BSKU masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian dan bangkai helikopter itu akan dibawa keluar selepas siasatan selesai dijalankan.

Semalam, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan BSKU akan melakukan siasatan lanjut mengikut Bahagian XXVI Peraturan Penerbangan Awam 2016.

Baca artikel lain: Bedah siasat mangsa nahas helikopter di Bentong dijalankan esok

Nahas melibatkan helikopter jenis Bell 206L4 itu mengorbankan jurutera warga Indonesia Finsen Reskey Sembiring, 27, akibat terkena libasan bilah kipas pesawat.

Bagaimanapun, juruterbang helikopter berkenaan yang juga warga Indonesia terselamat dalam insiden tersebut.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

12 individu ditahan merusuh di parkir beli-belah di Cheras

POLIS menahan 12 individu warga tempatan bagi membantu siasatan satu kes pergaduhan dan rusuhan di kawasan parkir pusat beli-belah...

More Articles Like This