JUMLAH mangsa banjir di Sarawak dan Sabah kembali meningkat dengan keseluruhan 5,313 mangsa berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri, setakat 8 pagi tadi.
Di SARAWAK, mangsa banjir meningkat kepada 4,705 orang di 24 PPS berbanding 4,341 orang malam tadi, dengan empat bahagian iaitu Bintulu, Sibu, Miri dan Mukah mencatatkan penambahan jumlah mangsa.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak memaklumkan mangsa banjir di lima PPS di Bintulu meningkat kepada 1,880 orang berbanding 1,612 orang, di Sibu (1,186), Miri (961) dan Mukah (614).
Manakala jumlah mangsa di dua bahagian lain yang turut terjejas dengan bencana itu tidak berubah, dengan Samarahan mencatatkan 51 mangsa dan Sarikei 13 mangsa dengan masing-masing di sebuah PPS.
Baca artikel lain: Hujan lebat banjiri khemah di Selatan Gaza
Sementara itu di SABAH, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 608 orang setakat 8 pagi ini, berbanding 479 orang malam tadi apabila sebuah PPS di Dewan Selagon Beaufort dibuka semula petang semalam.
Menurut sekretariat itu 223 orang ditempatkan di PPS Beaufort, 253 orang di dua PPS daerah Kinabatangan dan 132 orang di dua PPS daerah Keningau.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

