Tindakan Trump, sekutu satu kegilaan tak dapat diterima akal – Ismail Sabri

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

CADANGAN Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih dan mengusir penduduk Palestin dari Semenanjung Gaza tidak dapat diterima sama sekali.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, sikap yang dipamerkan oleh kuasa besar dunia itu harus dikutuk sekeras-kerasnya Malaysia serta negara-negara lain.

Ujarnya, apa yang dilakukan tidak masuk akal kerana jelas ia adalah langkah untuk melaksanakan pembersihan etnik tanpa menggunakan senjata atau peperangan.

“Sikap dan tindakan Trump ini sama seperti krisis pengusiran penduduk Palestin dari Baitulmaqdis Timur oleh Israel sejak 1950-an dan juga semasa peperangan pada tahun 1967 di mana baki tanah Palestin dirampas, termasuk Tebing Barat, Timur Baitulmaqdis dan Semenanjung Gaza.

Baca artikel lain: Pelakon Roslan Saleh meninggal dunia

“Kegilaan Trump dan sekutunya, Benjamin Netanyahu harus dihentikan dengan segera. Tindakan mereka ini sudah melanggar undang-undang antarabangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ismail Sabri menegaskan, apa yang sedang diusahakan oleh AS itu melibatkan soal kemanusiaan dan sampai bila dunia mahu melihat rakyat Palestin diusir dan dibunuh di tanah mereka sendiri?

“Amat malu jika AS, sebuah negara yang mahukan keamanan di Asia Barat dan sering menyokong hak asasi manusia, tetapi kini sedang giat mahu mengusir penduduk Gaza.

“Seharusnya pentadbiran AS menyalurkan dana dan sumbangan bagi membantu membangunkan infrastruktur asas seperti hospital dan sekolah di Palestin akibat peperangan yang berpanjangan,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau mengajak dunia khususnya negara Islam bangkit menentang kegilaan ini dan penyelesaian kekal untuk isu ini hanya satu iaitu memberikan hak kepada rakyat Palestin.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan Perpaduan tak bincang untuk adakan PRU lebih awal – Fahmi

KERAJAAN Perpaduan tidak pernah mengadakan sebarang bentuk perbincangan untuk mengadakan pilihan raya umum awal iaitu sebelum berakhirnya penggal Parlimen...

More Articles Like This