Vellfire, Honda Dash musnah dalam kebakaran di Klang

Dari Penulis

SEBUAH kenderaan pelbagai guna dan motosikal musnah dalam kejadian kebakaran di sebuah kediaman dekat Jalan Tengku Badrishah 3/KS2 Taman Klang Ria, petang semalam.

Penolong Pengarah Operasi Penguasa Kanan Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 1.16 petang.

Beliau berkata, sepasukan 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Andalas serta Pelabuhan Klang telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba di lokasi lapan minit kemudian dan mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah teres dua tingkat berkeluasan 20 x 50 kaki persegi yang telah terbakar sebanyak 50 peratus.

“Sebuah kereta Toyota Vellfire dan motosikal Honda Dash telah terbakar sepenuhnya manakala sebuah lori satu tan terbakar sebanyak 5 peratus,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya pada pukul 2.13 petang.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This