KERAJAAN MADANI menerusi Kementerian Pengangkutan (MOT) melantik tiga syarikat baharu bagi melaksanakan Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) selain daripada Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).
MOT dalam kenyataan memaklumkan, tiga syarikat tersebut adalah Wawasan Bintang Sdn Bhd; Pakatan Petroleum Sdn Bhd dan Beriman Gold Sdn Bhd.
Menurut MOT, pelantikan itu dibuat selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Mac 2023 yang telah bersetuju untuk membuka perkhidmatan pemeriksaan kenderaan motor yang diwajibkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] kepada syarikat-syarikat lain yang berkelayakan.
“Syarikat yang menerima surat tawaran pelantikan PPKM hari ini diberikan tempoh 24 bulan (dua tahun) untuk melengkapkan keperluan infrastruktur termasuk pembangunan premis, perolehan peralatan pemeriksaan serta mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa berkaitan.
“Sepanjang tempoh pembangunan ini, MOT melalui JPJ akan menjalankan pemantauan berterusan bagi memastikan syarikat yang dilantik mematuhi semua syarat dan standard operasi PPKM yang telah ditetapkan.
“Lesen Operasi hanya akan diberikan setelah syarikat berkenaan memenuhi sepenuhnya keperluan peraturan dan kelengkapan peralatan serta bersedia untuk memulakan operasi,” jelas MOT.
MOT menambah, agi memperluas perkhidmatan PPKM, pihak kementerian akan membuka semula permohonan bagi PPKM Fasa Kedua bermula 1 Mac hingga 31 Jun ini.
MOT menggalakkan syarikat-syarikat yang berminat dan berkelayakan, terutamanya syarikat tempatan yang memiliki pengalaman serta kepakaran dalam bidang pemeriksaan kenderaan untuk mengemukakan permohonan.
“MOT ingin menegaskan bahawa pembukaan lebih banyak PPKM bertujuan untuk meningkatkan persaingan sihat serta memastikan pemeriksaan kenderaan yang lebih berkualiti demi menjamin keselamatan pengguna jalan raya.
“MOT melalui JPJ akan terus memantau dan memastikan syarikat- syarikat yang beroperasi sentiasa mematuhi peraturan keselamatan serta memiliki kemampuan teknikal dan kemahiran yang mencukupi untuk melaksanakan pemeriksaan kenderaan bagi pihak JPJ.
“Perluasan PPKM dapat memberikan lebih banyak pilihan kepada orang ramai dalam mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan, selaras dengan usaha dan komitmen Kerajaan MADANI untuk meningkatkan mutu serta penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

