JUMLAH mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah dan Sarawak menunjukkan penurunan setakat pagi ini.
Di SABAH, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa berkurang kepada 695 orang daripada 189 keluarga pada 8 pagi, berbanding 700 orang daripada 190 keluarga malam tadi.
Sebanyak 275 orang (83 keluarga) ditempatkan di tiga PPS di Beaufort, 276 orang (70 keluarga) di dua PPS di daerah Kinabatangan, 132 orang (32 keluarga) di dua PPS di daerah Keningau dan 12 orang daripada empat keluarga di Tambunan.
Baca artikel lain: Hujan lebat banjiri khemah di Selatan Gaza
Di SARAWAK, jumlah mangsa banjir juga terus menurun kepada 3,921 orang setakat 8 pagi berbanding 4,065 orang pada sebelah malam dengan 21 PPS masih beroperasi.
Laporan terkini Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak menyatakan jumlah mangsa di Bahagian Bintulu menyusut kepada 1,868 orang di lima PPS berbanding 1,873 orang sebelum ini manakala di Sibu juga turut berkurang kepada 983 orang di enam PPS berbanding 1,114 orang malam tadi.
Di Miri, lima PPS yang beroperasi mencatatkan penurunan jumlah mangsa kepada 443 orang berbanding 452 orang, Bahagian Mukah meningkat sedikit kepada 614 orang daripada 613 orang di empat PPS, sementara di Bahagian Sarikei kekal dengan 13 mangsa di sebuah PPS.
–BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

