GARA-gara panik ketika berdua-duan, sepasang kekasih nekad melarikan diri sejauh 5 kilometer sebelum berjaya ditahan polis dalam kejadian di Seremban pada malam tadi.
Video penuh klik link
https://t.me/infoutusantv/9186
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hattan Che Din berkata, dalam kejadian pukul 7.15 malam, sepasukan anggota ronda cegah jenayah telah melihat sebuah Toyota Hilux yang berhenti di tepi jalan S2 G2, Garden Avenue dekat Seremban dalam keadaan mencurigakan.
Beliau berkata, sewaktu hendak melakukan pemeriksaan, suspek bertindak melarikan diri melalui arah bertentangan Jalan Kayu Ara menghala ke Sendayan Merchant Square sejauh 5 kilometer.
“Suspek juga bertindak agresif dengan menghimpit anggota polis.
“Kenderaan suspek telah berjaya ditahan dan pemeriksaan lanjut mendapati suspek melarikan diri kerana panik semasa berdua-duaan bersama teman wanita,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, suspek berusia 19 tahun telah ditahan bersama kenderaan.
Pemeriksaan mendapati suspek telah memandu kenderaan syarikat tanpa lesen memandu.
Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

