MAYAT lelaki ditemukan dalam keadaan tertiarap di dalam sebuah ladang getah dekat Kampung Kubu, Marang, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Marang, Superintendan Mohd Sofian Redzuan berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 3.15 petang.
Beliau berkata, mayat lelaki Melayu itu ditemui tertiarap di atas tanah dan berpakaian baju-T warna hitam serta seluar pendek berwarna coklat.
“Sepasukan pegawai polis telah hadir ke lokasi untuk menjalankan siasatan.
“Pemeriksaan awal pada tubuh badan mangsa tidak menemui sebarang kesan kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, mayat telah dibawah ke Hospital Sultanah Nur Zahirah bagi menjalani bedah siasat dan mengenal pasti punca kematian.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian ini diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Marang di talian 09-6182222 atau mana-
mana balai polis berhampiran.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

