2,062 mangsa banjir di Sabah, Sarawak masih berada di PPS

Dari Penulis

SEBANYAK 2,062 mangsa banjir di Sabah dan Sarawak masih berlindung di 15 pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri setakat jam 8 pagi ini.

Di SABAH, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat sedikit kepada 1,061 orang daripada 332 keluarga pagi ini, berbanding 1,047 orang membabitkan 325 keluarga malam tadi.

Sebanyak 707 orang (234 keluarga) ditempatkan di tiga PPS di Beaufort, 252 orang (63 keluarga) di dua PPS daerah Kinabatangan, manakala 102 orang (35 keluarga) di sebuah PPS daerah Membakut.

Menurut kenyataan itu, 18 kampung terjejas banjir dengan 13 daripadanya di Membakut, Beaufort (tiga), dan Kinabatangan (dua).

Baca artikel lain: Fahmi tinjau integrasi 5G di RGTSU Melaka

Di SARAWAK, sebanyak 1,001 orang mangsa banjir masih berada di sembilan PPS di empat bahagian iaitu Bintulu, Miri, Mukah dan Sibu, meningkat berbanding 992 orang malam tadi.

Sekretariat JPBN Sarawak dalam laporan terkininya memaklumkan, peningkatan berlaku berikutan pertambahan jumlah mangsa di Bintulu daripada 274 orang kepada 281 orang di dua PPS manakala di Miri bertambah kepada 279 mangsa daripada 277 orang di tiga PPS.

Jumlah mangsa di Bahagian Mukah pula kekal pada 438 orang di tiga PPS, sementara masih terdapat tiga lagi mangsa berlindung di satu PPS di Bahagian Sibu.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This