NEKMAT nafi dakwaan seleweng diesel subsidi guna lori persatuan

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PERSATUAN Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) menafikan dakwaan terlibat dalam kegiatan penyelewengan minyak diesel subsidi yang menggunakan lori dengan logo persatuan itu serta logo Diesel Subsidi Nelayan tanpa kebenaran.

Pengerusi Lembaga Pengarahnya, Abdul Hamid Bahari berkata, perbuatan itu adalah satu penipuan dan penyalahgunaan yang boleh menjejaskan imej serta maruah persatuan.

“NEKMAT memandang serius insiden penyelewengan minyak diesel subsidi menggunakan logo berkenaan tanpa kebenaran dalam satu operasi sindiket yang ditahan dan disiasat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di Terengganu.

“Persatuan ingin menegaskan bahawa kami tidak terbabit sama sekali dalam sebarang aktiviti haram seperti yang dilaporkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, pihaknya menyokong tindakan tegas KPDN dalam menangani isu tersebut dan NEKMAT komited memastikan bekalan minyak diesel subsidi nelayan digunakan sepenuhnya untuk kepentingan nelayan berdaftar dan tidak disalahgunakan.

Baca artikel lain: Menteri Komunikasi, Jemaah Menteri ucap selamat menyambut Thaipusam

Persatuan itu juga katanya, masih menunggu hasil siasatan terperinci daripada KPDN dan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa sekiranya terdapat bukti yang menunjukkan pembabitan pihak luar.

Beliau berkata, pada masa sama, NEKMAT menggesa semua pihak untuk tidak terbabit dalam sebarang aktiviti yang boleh merosakkan industri perikanan negara dan menjejaskan kebajikan nelayan.

“Kita akan terus memantau situasi ini dan akan mengeluarkan kenyataan lanjut sekiranya diperlukan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

KKR pasang 314 lampu jalan LED di lokasi berisiko di laluan PLUS antara Tanjung Malim ke KL

KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) akan memasang sebanyak 314 unit lampu jalan LED berkuasa solar di lokasi berisiko di laluan...

More Articles Like This