Siapa orang Kuala Lumpur yang membesar sekitar tahun 80-an dan 90-an? Anda pasti kenal dengan panggung wayang Federal yang terletak di Chow Kit. Dahulu, panggung yang terletak di Lengkok Raja Laut merupakan salah satu pilihan popular untuk peminat wayang.
Namun, panggung wayang itu sudah lama ditutup. Kini, bangunan yang pernah menjadi peminat kaki filem itu telah dibuka semula dengan wajah baru, menjadi GAWALA FOOD MALL.

Mungkin nama itu kedengaran agak baru di telinga anda, kerana ia baru dibuka pada bulan September 2024. Lokasi ini kini merupakan sebuah restoran yang menghidangkan aneka masakan autentik Pakistan.
Jika anda ingin lari daripada kebiasaan dan mahukan kelainan, anda boleh cuba merasai keenakan makanan dari negara yang mempunyai penduduk beragama Islam kedua teramai di dunia ini.
Sempena kedatangan Ramadan tahun ini, Gawala Food Mall buat julung kalinya menyediakan bufet Ramadan. Dah tentu keistimewaannya ialah juadah asli Pakistan yang kaya dengan perisa, hasil air tangan chef yang juga orang Pakistan tau!
Ada pelbagai jenis pembuka selera seperti kachumber salad, hummus, fruit chaat, aloo samosa, chicken kanchori, chicken samosa, pakora, dahi baray dan banyak lagi.

Hidangan utama? Ada beberapa jenis nasi boleh anda pilih seperti kabuli pulao, biryani dan zeera rice. Digabungkan pula dengan lauk pauk seperti chicken korma, chicken jalfrezi, fried fish, chicken / lamb kabab, chicken tikka dan banyak lagi. Tak mahu makan nasi, anda boleh layan hidangan dengan naan atau roti Pakistan.
Pencuci mulut pula ada suji halwa, thick custard, kek buah, kekacang dan banyak lagi. Memang sedap semuanya, dan amat berbaloi kalau anda sudah jemu dengan menu yang sama dan ingin cari kelainan pula.



Harga hidangan bufet untuk Ramadan ini pula amat berpatutan. Hanya RM49 untuk lebih 35 jenis hidangan autentik Pakistan. Kanak-kanak di bawah usia lima tahun adalah percuma.
Bukan saja makanan yang enak, tempatnya juga luas dan pelbagai kemudahan turut disediakan. Ada ruang makan berhawa dingin, surau, juga ruang permainan kanak-kanak. Terdapat juga ruangan makan di bahagian luar jika anda mahukan pengudaraan yang asli.
“Ini adalah Ramadan pertama yang akan kami raikan sejak tempat ini dibuka. Untuk itu, kami mahu berikan makanan yang terbaik untuk tetamu dengan hidangan yang berkualiti bersama kemudahan yang lengkap disediakan untuk pelanggan yang berkunjung ke sini,” ujar wakil dari Gawala Food Mall.
Oh ya, bufet Ramadan ini akan bermula dari hari pertama Ramadan sehingga hari terakhir umat Islam berpuasa (2 – 30 Mac). Untuk sebarang keterangan lanjut dan tempahan, anda boleh hubungi talian 012-4177106.

NOTA : Selain menjadi restoran yang menghidangkan makanan autentik Pakistan, di Gawala Food Mall ini juga ada menjual pelbagai produk asli dari Pakistan. Juga aneka manisan dan pencuci mulut Pakistan.
_____
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

