SERAMAI lapan lagi individu telah dirakam keterangan kerana disyaki memuat naik kandungan bersifat palsu dan jelik yang didapati boleh menimbulkan kekeliruan dan kegusaran dalam kalangan masyarakat.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan memaklumkan, kandungan yang dimuat naik itu membangkitkan kebencian dan persendaan kepada institusi diraja khususnya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
Menurut MCMC, pasukan penyiasat telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).
Katanya, Akta 588 sebelum pindaan dibuat memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya sekali.
“Pasukan penyiasat MCMC telah mengambil tindakan merakam keterangan kesemua lapan individu di enam negeri iaitu Kuala Lumpur, Terengganu, Kedah, Kelantan, Perlis dan Pahang, kelmarin.
“Melalui operasi yang dijalankan, lapan unit telefon pintar dan lapan unit kad sim yang berkaitan dengan kes telah disita bagi membantu siasatan.

Baca artikel lain: Thaipusam: MCMC pastikan perkhidmatan komunikasi di Batu Caves lancar
“Analisis forensik akan dijalankan ke atas peranti berkenaan untuk mendapatkan keterangan bagi membuktikan kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.
MCMC turut mengingatkan orang ramai untuk mengamalkan sikap bertanggungjawab semasa memuat naik sebarang kandungan di media sosial dan perkhidmatan pesanan Internet.
Orang ramai juga diingatkan supaya tidak menggunakan perkhidmatan rangkaian dan aplikasi dalam talian untuk menyebarkan sebarang kandungan berunsur palsu serta kebencian, yang bertentangan dengan nilai dan norma budaya masyarakat majmuk di Malaysia.
11 Februari lalu, MCMC memaklumkan enam individu telah dirakam keterangan selepas dipercayai memuat naik kandungan berunsur palsu dan jelik melibatkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim serta Majlis Raja-Raja di platform Facebook.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

