Petugas Petra News tuntut gaji tertunggak, caruman KWSP 2024

Dari Penulis

SERAMAI 15 petugas Petra News Sdn Bhd, penerbit portal berita The Malaysian Insight, The Vibes dan Getaran, menuntut pembayaran segera caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Potongan Cukai Bulanan (PCB) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi tahun lepas.

Menerusi kenyataan bersama, mereka memaklumkan hasil semakan dengan KWSP, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan PERKESO mendapati Petra News gagal menyerahkan bayaran bagi pihak pekerja dan majikan kepada pihak berkuasa berkaitan, walaupun pemotongan gaji telah dibuat untuk caruman berkanun.

“Meskipun pemotongan telah dibuat, syarikat gagal memenuhi kewajipan undang-undang untuk menyerahkan bayaran itu, sekali gus menahan hak pekerja secara tidak sah.

“Kegagalan ini telah menyebabkan kesusahan kewangan kepada pekerja, termasuk permohonan pinjaman yang ditolak kerana caruman KWSP tidak dikreditkan dan pekerja bimbang akan dikenakan penalti oleh LHDN apabila memfailkan cukai pendapatan mereka,” menurut kenyataan itu.

Susulan perkara itu, petugas terjejas telah membuat laporan di Balai Polis Travers, Brickfields semalam.

Baca artikel lain: KWSP tolak dakwaan salah laku jual beli saham MAHB

Menurut kenyataan itu, selain kegagalan menyerahkan caruman berkanun, pekerja juga mengalami kelewatan pembayaran gaji sejak 2024 dan petugas yang terkesan telah mengemukakan aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) di bawah Kementerian Sumber Manusia, yang kini menjalankan siasatan.

Bagaimanapun, Petra News gagal menghadiri sebahagian daripada sesi pendengaran yang telah dijadualkan, menolak untuk menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) serta melanggar perjanjian terdahulu bagi beberapa pengadu, sekali gus mencemarkan integriti sistem perundangan buruh.

“Walaupun terdapat pelanggaran serius ini, tiada tindakan penguatkuasaan diambil terhadap Petra News Sdn Bhd atau pemiliknya,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, petugas yang terkesan turut menzahirkan penghargaan kepada Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, kerana sudi membantu mereka sejak isu terbabit didedahkan, namun sehingga kini, ramai pekerja masih berdepan dengan tekanan kewangan akibat tindakan tidak bertanggungjawab itu.

Justeru, mereka menggesa kementerian serta pihak berkuasa berkaitan untuk mengambil tindakan segera terhadap Petra News bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang buruh dan melindungi keselamatan kewangan pekerja.

–BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This