SEORANG penunggang motosikal maut selepas melanggar belakang sebuah treler yang mahu berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 24.6 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kulai, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian pada pukul 7.15 malam.
Beliau berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila treler Hino yang dipandu lelaki tempatan berusia 47 tahun telah masuk ke lorong kecemasan kerana tayar hadapan telah pecah.
“Semasa pemandu treler masuk ke lorong kecemasan, datang sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun.
“Penunggang tersebut tidak sempat mengelak lalu melanggar belakang treler yang sedang masuk ke lorong kecemasan,” katanya dalam satu kenyataan.
Akibat kemalangan, penunggang motosikal mengalami cedera parah di kepala dan telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Manakala pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Mohamad Firdaus Mustaffa di talian 011-26081008.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

