Mejar Mohd Zainudin dilapor hilang sejak Ahad – polis

Dari Penulis

POLIS mengesahkan telah menerima laporan berhubung kejadian kehilangan seorang pegawai tentera pada malam Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan mengenai perkara itu daripada seorang pegawai Kem Wardieburn pada pukul 7.08 malam kelmarin di Balai Polis Jalan Tun Razak.

“Laporan dibuat susulan Mejar Mohd Zainudin Ishak tidak hadir bertugas.

“Kes diklasifikasikan sebagai Orang Hilang (OH) dan maklumat lanjut akan menyusul,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Sebelum itu, seorang pengguna Facebook, Abu Mikhail Mohd Fauzi memuat naik hantaran meminta bantuan orang ramai mengesan abang iparnya yang dilaporkan hilang.

“Bantuan carian Mejar Zainudin Ishak, SO2 Gerak MK 4 Div yang ‘hilang’.

“Pegawai hilang bersama kenderaan Perodua Ativa VGU 3986 berwarna badan kereta merah dan berbumbung putih,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Jelasnya, Zainudin telah keluar dari rumah keluarga pada Ahad pukul 7 malam dan tidak dapat dikesan sehingga kini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Staf Bertugas Markas 4 Divisyen (0132028355) atau isteri (0124493952) atau balai polis terdekat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Malaysia tidak boleh bergantung kepada sistem pendidikan semata-mata – PM

MALAYSIA tidak boleh bergantung kepada sistem pendidikan semata-mata untuk melahirkan tenaga kerja masa hadapan yang benar-benar memenuhi tuntutan industri. Perdana...

More Articles Like This