Polis siasat dakwaan tular salah laku 4 anggota ketika serbuan Ops Tapis

Dari Penulis

POLIS mengesahkan telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan tular anggotanya membuat serbuan tanpa mengikut prosedur operasi standar (SOP) serta melakukan pemerasan dalam Ops Tapis di Damansara pada 10 Oktober tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya mengesan video tular terbabit di media sosial pada pukul 1 petang semalam.

Beliau berkata, menerusi video dapat dilihat serbuan yang dilakukan oleh empat anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik.

“Siasatan telah dibuka bagi menyiasat dakwaan yang tular itu.

“Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat sebarang salah laku dalam kejadian ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, satu hantaran tular selepas mendakwa telah diperas ugut oleh empat anggota polis yang datang ke kediamannya dan bertindak memecahkan kamera litar tertutup.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pegawai polis ditemukan meninggal dunia dalam bilik tidur

SEORANG pegawai polis ditemukan meninggal dunia dalam bilik tidur utama di kediamannya di Jalan Kampung Nangka, Kuching, petang semalam. Ketua...

More Articles Like This