Kayu balak hempap Hilux, wanita sarat mengandung terima rawatan

Dari Penulis

SEPASANG suami isteri berdepan detik cemas apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki dihempap kayu balak jatuh dari sebuah lori di Jalan Merotai-Kalabakan, Tawau, petang semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau Superintendan Champin Piuh berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila lori bermuatan balak yang dipandu lelaki berusia 38 tahun dalam perjalanan dari Jalan Kalabakan-Merotai menuju Log-Pond.

Manakala pasangan suami isteri yang berusia 31 dan 35 tahun menaiki Toyota Hilux dalam perjalanan dari arah pusat bandar menuju ke Luasong.

“Sampai di lokasi kejadian, sebatang kayu balak tiba-tiba terjatuh dari muatan lori dari arah bertentangan dan menghempap bahagian hadapan Hilux.

“Kejadian menyebabkan bahagian hadapan Hilux berkenaan rosak teruk,” katanya memetik laporan Utusan Borneo.

Jelasnya, dua pemandu itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara isteri pemandu Hilux yang sarat mengandung telah menerima rawatan di Zon Kuning Hospital Tawau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegra


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Guru didakwa salah laku seksual ditempatkan sementara di PPD

SEORANG guru yang didakwa terlibat dalam kes salah laku seksual di sebuah sekolah di Sarawak telah ditempatkan buat sementara...

More Articles Like This