Lelaki parah, treler terbabas masuk parit sedalam dua meter

Dari Penulis

SEORANG lelaki cedera parah selepas treler yang dipandu terbalik ke dalam parit sedalam dua meter di Jalan Parit 10 Pasir Panjang dekat Sekinchan, pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Penguasa Kanan Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 9.44 pagi

Sepasukan 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sekinchan serta Sungai Besar telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba di lokasi kejadian dan mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori bermuatan papan kadbod yang telah terbabas dan terbalik ke dalam parit bekedalaman dua meter.

“Pemeriksaan mendapati seorang lelaki India berusia 23 tahun tersepit di bahagian pemandu dan mengalami cedera parah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, mangsa berjaya dikeluarkan pada pukul 11.05 pagi dan telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegra


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Nasib Syed Saddiq sama ada kekal bebas atau dipenjara diketahui hari ini

NASIB Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sama ada kekal bebas atau dijatuhi hukuman penjara akan diketahui...

More Articles Like This