Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar

Dari Penulis

SEBUAH kilang karpet di Nilai 3 di sini musnah seratus peratus dalam kebakaran pagi tadi.

Komander Operasi Kanan JBPM Negeri Sembilan PgKB II Khir Amir Ahmad berkata pihaknya ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada 7.49 pagi.

“Bagaimanapun, tiada mangsa terlibat. Bahan yang terbakar adalah karpet jadi ambil sedikit masa untuk memadamkan api selain asap tebal dan angin kuat.

“Ketika ini kami sedang kawal api daripada mereka dan kerja pemadaman masih dijalankan. Kebakaran melibatkan kawasan seluas 27.8 x 46.4 meter persegi,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata operasi berkenaan melibatkan seorang pegawai kanan dan 28 anggota termasuk beberapa jentera.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Guru didakwa salah laku seksual ditempatkan sementara di PPD

SEORANG guru yang didakwa terlibat dalam kes salah laku seksual di sebuah sekolah di Sarawak telah ditempatkan buat sementara...

More Articles Like This