Terminal 3 KLIA hanya dipertimbang jika capai kapasiti maksimum penumpang

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PEMBANGUNAN Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hanya akan dipertimbangkan apabila Terminal 2 mencapai kapasiti maksimum pengendalian penumpang.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan, pembinaan Terminal 3 KLIA merupakan salah satu strategi jangka panjang pembangunan berdasarkan Pelan Induk KLIA 2020.

Menurut Loke, pelaksanaan strategi itu termasuk pelan bagi meningkatkan kapasiti Terminal 1 KLIA daripada 30 juta penumpang setahun (mppa) kepada 59 mppa.

Kata beliau, strategi lain adalah memperluaskan kapasiti Terminal 2 KLIA daripada 45 mppa kepada 67 mppa.

Selain pembangunan Terminal 3 baharu di KLIA, Loke berkata, satu lagi strategi adalah bagi mempertimbangkan pembangunan landasan keempat.

“Buat masa ini, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sedang meneliti keperluan pembangunan fasa pertama bagi projek pembesaran di kawasan Terminal 1 KLIA.

Baca artikel lain: Perkhidmatan Aerotrain KLIA dijangka disambung semula pada suku kedua 2025

“Cadangan pembesaran ini meliputi keperluan menampung peningkatan trafik bagi sektor penumpang, kargo dan juga pesawat selaras dengan pelan perniagaan syarikat-syarikat penerbangan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen.

Loke menjawab soalan Abdul Latif Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) mengenai status perancangan kementerian untuk pembinaan Terminal 3 KLIA sebagaimana yang diumumkan baru-baru ini supaya lebih baik berbanding Terminal 1 dan 2 dari segi fasiliti, kemudahan dan perkhidmatan.

Mengulas lanjut, Loke berkata Terminal 2 ketika ini masih beroperasi di bawah kapasiti maksimum 45 mppa untuk menampung bilangan penumpang di lapangan terbang tersebut.

“Dalam hubungan ini, MAHB berpandangan Terminal 3 KLIA hanya perlu dipertimbangkan apabila Terminal 2 mencapai kapasiti maksimum pengendalian penumpang,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tunku Zain Al-‘Abidin dimasyhurkan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

YANG Dipertuan besar Negeri Sembilan, Tunku Muhriz Tuanku Munawir berkenan memasyhurkan putera keduanya, Tunku Zain Al-'Abidin sebagai Tunku Panglima...

More Articles Like This