SEORANG lelaki berusia 19 tahun ditahan selepas dipercayai mencabul kanak-kanak perempuan di dalam sebuah masjid dekat Batang Kali, Hulu Selangor, awal pagi tadi.
Video penuh klik link
https://t.me/infoutusantv/9348
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 8.19 pagi.
Beliau berkata, suspek seorang lelaki tempatan telah ditahan bagi membantu siasatan.
“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu pada Sabtu bagi permohonan reman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu tular di media sosial rakaman kamera litar tertutup aksi seorang lelaki dilihat memasuki ruang solat wanita ketika solat subuh sebelum bertindak membawa keluar mangsa.
Pemuda itu dilihat mencabul kanak-kanak terbabit sebelum beredar.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis bagi membantu siasatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

