PIHAK pengurusan masjid dan surau perlu mempertingkatkan kawalan keselamatan di premis masing-masing.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, kejadian kanak-kanak perempuan dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid adalah perkara yang perlu diambil iktibar oleh semua pihak.
“Saya berharap sekiranya suspek terbukti terlibat dengan perbuatan tersebut, maka tindakan tegas perlu diambil pihak berkuasa sebagai pengajaran kepada semua,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Baca artikel lain: Mahkamah Rayuan tetapkan 19 Mei dengar rayuan Siti Bainun
Katanya lagi, tindakan Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Dr Mohammad Fahmi Ngah memanjangkan laporan kejadian kepada Ketua Polis Selangor adalah tepat agar siasatan segera dapat dijalankan.
“Semua pihak diseru agar bertenang dan menyerahkan perkara ini kepada tindakan pihak berkuasa,” katanya.
Terdahulu, tular di media sosial video memaparkan seorang lelaki menyelinap masuk ke bahagian ruangan solat wanita di sebuah masjid di Batang Kali, Selangor sebelum memeluk seorang kanak-kanak perempuan dan membawanya keluar dari ruangan berkenaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

