RANG Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang serta dibahas untuk diluluskan pada sidang Parlimen kali ini.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan memaklumkan, perkara itu telah diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri.
Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI memberitahu, Jemaah Menteri turut memutuskan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said akan membuat bacaan pertama dan memperincikan kedua-dua RUU tersebut di Dewan Rakyat, Isnin ini.
“Jemaah Menteri turut bersetuju dan mencadangkan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat bacaan kali kedua yang dijangka pada 4 Mac 2025.
“Langkah ini adalah bukti iltizam Kerajaan MADANI terhadap usaha melaksanakan agenda reformasi serta memperkukuh institusi-institusi demokrasi dalam negara,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.
Baca artikel lain: Fahmi bertemu Persatuan ALIFE, teliti mekanisme penganjuran konsert
RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 merupakan langkah pertama dalam usaha mereformasi institusi dan penambahbaikan terhadap institusi demokrasi utama negara iaitu Parlimen.
RUU tersebut bawak mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang Dipertua Dewan Negara dan Yang Dipertua Dewan Rakyat.
RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 pula akan dibawa bagi membolehkan Yang Dipertua Dewan Negara dan Yang Dipertua Dewan Rakyat menganggotai Majlis Parlimen tersebut.
Sebelum ini, Kumpulan Masyarakat Sivil menggesa kerajaan membentangkan RUU Perkhidmatan Parlimen yang bebas daripada badan eksekutif dalam usaha mereformasikan Parlimen agar ia dapat melaksanakan peranannya dengan berkesan.
Menurut Kumpulan Masyarakat Sivil, RUU Perkhidmatan Parlimen sepatutnya memberikan autonomi institusi, pentadbiran serta kewangan kepada Parlimen seiring usaha Kerajaan MADANI dalam memperkasa peranannya lebih-lebih lagi sebagai medium semak dan imbang.
Kumpulan masyarakat sivil seramai 134 ahli itu berpandangan, penubuhan Majlis Perkhidmatan Parlimen perlu diketuai Yang Dipertua Dewan Negara, Yang Dipertua Dewan Rakyat dan sekumpulan ahli Parlimen merentasi parti politik.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

