LANGKAH Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menguruskan sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri mulai tahun ini bertujuan untuk menawarkan kadar sewaan yang lebih berpatutan.
Perkara itu dinyatakan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif semasa Majlis Taklimat Petugas Pasukan Task Force Bazar Ramadan dan Aidilfitri 2025.
Dalam ucapannya semasa majlis tersebut, Maimunah memaklumkan, DBKL akan menguruskan sepenuhnya permohonan lesen penjaja, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
Menurut beliau, DBKL mengambil langkah proaktif dalam memperkukuh pengurusan bazar bagi memastikan kelancaran operasi serta memberikan keselesaan kepada peniaga dan pengunjung.
Selain itu, katanya, langkah itu juga bagi meningkatkan tahap pengurusan bazar agar lebih sistematik dan teratur.
Baca artikel lain: Pemberian lesen bazar Ramadan DBKL telus – Dr Zaliha
“Datuk Bandar turut menekankan bahawa DBKL menerapkan konsep RACI iaitu responsible, accountable, consulted dan informed dalam pengurusan bazar bagi memperjelaskan peranan dan tanggungjawab setiap pihak yang terlibat.
“Dalam ucapannya juga, Datuk Bandar menyeru semua pihak yang terlibat termasuk peniaga dan pengunjung agar mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran operasi bazar sepanjang bulan Ramadan dan Aidilfitri.
“Beliau turut menegaskan komitmen DBKL untuk terus mempertingkatkan pengurusan bazar supaya lebih sistematik, bersih dan memberikan pengalaman terbaik kepada warga kota,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebanyak 40 lokasi bazar Ramadan dan dua lokasi bazar Aidilfitri telah ditetapkan melibatkan lebih 3,567 tapak di seluruh Kuala Lumpur.
Bagi memastikan keselesaan dan keseragaman struktur bazar, DBKL dengan kerjasama Bank Muamamat Malaysia Berhad akan menyediakan kanopi bersaiz 8×8 kaki secara standard yang dijangka siap dipasang menjelang 28 Februari ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

