Notis kekosongan DUN Ayer Kuning diserah kepada SPR Selasa ini

Dari Penulis

NOTIS kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Selasa ini, berikutan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin.

Speaker DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, makluman secara rasmi itu dibuat mengikut proses undang-undang Tubuh negeri serta Perlembagaan bagi membolehkan Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan.

“Kita tunggu minggu depan, paling awal mungkin Selasa ini dan pada masa itu saya akan jemput media sekali sempena penyiaran notis itu.

“InsyaAllah minggu depan kita akan maklumkan kepada SPR seperti mana dahulu pernah jadi di DUN Slim,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di perkarangan kediaman Allahyarham Ishsam di Desa Seri Ampang, hari ini, yang turut dihadiri Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Baca artikel lain: Arab Saudi larang siaran solat di semua media sepanjang Ramadan

Sementara itu, Saarani berkata, pemergian Ishsam yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah bermakna satu PRK akan diadakan memandangkan tempoh perkhidmatan Ishsam sebagai ADUN tidak cukup tiga tahun.

Saarani berkata, sehubungan itu beliau yang juga Pengerusi UMNO Perak akan meminta jentera UMNO serta BN di Tapah bersiap sedia lebih awal.

“Saya juga maklumkan kepada seluruh ahli UMNO Tapah supaya kita reda dengan ketentuan Allah SWT ini dan dengan pemergian Allahyarham bermakna satu PRK akan dilakukan, sebab dia dalam tempoh tidak cukup tiga tahun.

“Kalau SPR bermesyuarat dan putuskan bila dalam tempoh 60 hari ini kena adakan PRK, maka kepada rakan saya ahli UMNO dan penyokong BN di Tapah saya minta mereka kena bersiap sedia lebih awal kerana kita tak dapat elak hadapi PRK,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Korban bot karam selesai dikebumi, polis buru dalang penyeludupan migran

KESEMUA 27 jenazah warga Myanmar etnik Rohingya yang ditemukan dalam tragedi bot karam di perairan Langkawi selamat dikebumikan...

More Articles Like This